*~..:: IkLan BerBayaR Beb - Maksudnya ini bisnes bukan main2 ::..~*








|

Isnin, 13 Mei 2013

Tutorial - Pengertian e-Bay dan Paypal

Salam Semua,
lama sudah rasanya tidak update mana-mana artikel.
Alhamdullillah, masih bernyawa atas hendak Nya~
Kali ni saya ingin berkongsi tentang e-Bay.
Apa itu e-Bay?
e-Bay ialah satu platform bagi kita menjual/membeli barangan dalam harga jauh lebih murah dari tempat lain. Selain urusan menjual dan membeli, eBay juga telah memperkenalkan satu sistem penjualan produk secara lelongan di dalam internet.
Konsep pembelian produk melalui bidaan yang mana paling tinggi harganya selepas tamat lelongan adalah dikira sebagai pemenang. 
Sungguh mudah menjual produk di eBay. Anda tidak perlu menyediakan website perniagaan anda sendiri bagi tujuan promosi dan pemasaran. Apa yang anda perlu lakukan hanya dengan meletakkan produk anda di eBay dan menunggunya beberapa hari mengikut ketetapan anda sebelum anda mendapatkan pulangan pendapatan anda selepas tamat lelongan.

Selain daripada menjual, eBay juga membuka peluang kepada anda untuk membeli produk yang anda inginkan mengikut harga lelongan. Buat mereka yang ingin menambah pendapatan, inilah peluang untuk membeli produk hangat di eBay dan menjualkannya semula dengan harga yang tinggi.

Apa yang kita boleh dapat dari e-Bay?

(P/s: ni contoh paparan e-Bay Malaysia: http://www.ebay.com.my/ )

Sebenarnya banyak sangat produk yang kita boleh dapatkan dari e-Bay ini. Antaranya produk-produk  elektronik, mainan, telefon bimbit, pakaian, barangan keperluan dan lain-lain lagi. E-Bay bertindak sebagai medium yang menyediakan tempat/tapak bagi penjual untuk berniaga. Walaubagaimanapun, suka saya ingin mengingatkan anda semua supaya berhati-hati dalam memilih produk dari penjual-penjual disana.

Bagaimana mahu membuat pembayaran di e-Bay?

(P/s: ni contoh paparan Paypal Malaysia: https://www.paypal.com/my/webapps/mpp/home )

Kebiasaannya, sekiranya anda mahu membeli produk di e-Bay, anda boleh menggunakan kad kredit ataupun paypal. Paypal adalah sistem pembayaran online (atau dikatakan e-wallet) yang membolehkan anda melakukan transaksi wang dengan menghantar atau menerima wang dalam bentuk digital. PayPal melakukan transaksi wang dengan cara yang lebih selamat dan lebih mudah untuk membayar dalam apa jua cara yang mereka suka, termasuk melalui kad kredit, akaun bank, PayPal Smart Connect atau baki akaun, tanpa berkongsi maklumat kewangan.
Dalam bahasa mudah nya, sudah menjadi kebiasaan bagi kita semua menggunakan www.maybank2u.com.my , www.cimbclicks.com.my untuk beli belah di alam maya (online)
Berbanding paypal, kelebihannya ialah anda boleh menerima dan membuat pembayaran di mana-mana tempat di seluruh dunia tanpa bersusah payah berurusan di bank-bank berdekatan. Kini, sudah ramai yang menggunakan paypal sebagai medium untuk melakukan pembayaran di alam maya (online). Paypal membolehkan kita menggunakan kad debit berbanding kebiasaannya menggunakan kad kredit.

Ok itu sahaja buat masa kini, saya akan membuat huraian lebih lanjut berkenaan e-Bay dan Paypal ini di lain masa~


Artikel ini ditulis hanya sebagai rujukan buat diri saya dan sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Pihak saya tidak akan bertanggung-jawab sekiranya terdapat apa-apa permasalahan dalam melakukan apa-apa keputusan dari artikel ini.

Cadangan dan komen amat lah di alu alukan supaya kita sama-sama dapat menambah dan memperbaiki apa-apa yang ada.

Selamat mencuba!!

=)
Mudah-mudahan bermanfaat buat semua pembaca~


 -elqiranibizz-

*****************************************************

::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::
(Jom CLICK iklan di bawah)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddToAny