*~..:: IkLan BerBayaR Beb - Maksudnya ini bisnes bukan main2 ::..~*








|
Memaparkan catatan dengan label WaNiTa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WaNiTa. Papar semua catatan

Rabu, 16 November 2016

“Pernah Tiada Wang, Menganggur, Kereta Kena Tarik.. Alhamdulillah Saya Kini Mengetuai 10 Syarikat” – Carl Samsudin

Suami isteri yang bersepakat mengubah nasib. 
Bermula dengan meminjam duit ibu, hari ini tampuk jenamanya melimpahkan kekayaan bertalu-talu.

Oleh: Salina Ibrahim

dsccwecec

BAGAIMANA Bella Ammara bermula, daripada kecil-kecilan sehingga dapat bertapak kukuh, memiliki butik dan dikenali? Carl sudi kongsikan kesukaran dan liku serta jatuh bangun anda?

Julai 2016 ini, genap empat tahun penubuhan Bella Ammara. Pada Julai 2012, kami bermula dengan sembilan pasang telekung sebulan dan hari ini mencecah lebih kurang 10,000 pasang koleksi jubah dan telekung sebulan.

Antara tahun 2010 hingga 2011, saya bekerja sebagai ahli kimia di Nilai. Ketika itu, saya mula mengkaji ‘asas-asas pembentukan wang di dunia’ semasa. Buku, blog, Google dan YouTube adalah kawan-kawan baik saya. Saya telaah hasil kajian Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Michael Maloney.



Bidang kimia mengajar saya untuk mengkaji terlebih dahulu sebelum melontarkan sesuatu kesimpulan. Setahun mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, saya sedar kita semua telah banyak ditipu. Sebanyak 99 peratus manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit.

Kenyataan ini buat saya takut dan gentar. Saya nekad berhenti kerja kerana saya rasa makin lama bekerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Aneh kan, rasa susah untuk diterima akal sebab di media massa sentiasa mengatakan ekonomi kita amat stabil. Maka, saya nekad berhenti kerja. Saya cuba cari jalan berniaga tapi tak jumpa. Setengah tahun saya menganggur. Tiada wang, kereta Perodua Kenari kena tarik.

Ketika itu, saya dan Belle sudah berpasangan, Belle ajak keluar makan pun saya tak mampu nak bayar. Masak nasi kosong berulamkan petai, janji makan tidak lebih RM5 sehari.

bella ammara 1

Namun begitu, setengah tahun hidup melepak di rumah beri peluang kepada saya berkawan rapat dengan internet. Setengah tahun, saya belajar cara menjadi usahawan berjaya.

Alhamdulillah dengan ilmu yang saya ada, sebuah bank menerima saya dan memberi saya peluang untuk berniaga menjual emas. Ada sasaran jualan, kalau tak capai sasaran, kena buang! Saya nekad untuk sertai juga, sebab saya nak tahu apa yang bank buat. Saya sertai bank sebagai ‘Gold Salesman/Trader’.

Sejak zaman tamadun Yunani hingga ke zaman sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Turki, emas dan perak digunakan sebagai duit. Kita kena pandai beza antara duit dengan mata wang. Mata wang yang dalam dompet kita, kertas berconteng yang makin jatuh nilainya.Duit pula tidak akan sesekali jatuh nilai.


Saya berjaya mencapai matlamat No.1 Gold Trader di bank tersebut. Walaupun saya capai, duit untuk bayar itu ini tetap zero sampai hujung bulan. Hal ini buat saya berfikir, saya harus berubah. Saya nekad, saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.



Pada Julai 2012, saya dan Belle bertunang dengan kos RM60 sahaja.
Sebanyak RM60 digunakan untuk membeli buah, itu saja yang mampu.

Pada Disember 2012, adalah majlis perkahwinan kami. Duit untuk kahwin? Sungguh saya cakap, betul zero!

Tapi saya percaya Allah itu Maha Berkuasa. Saya hendak bina masjid, Allah pasti akan tunaikan. Saya teruskan dan letak Allah sentiasa nombor satu di hati. Allahumma yaasir wala tu’assir, Allahumma yaasir wala tu’assir.

Dan saya berpegang kuat pada kata Rasulullah, bahawa 9/10 punca rezeki adalah daripada perniagaan. Saya lihat bangsa asing lebih percaya pada kata Rasulullah berbanding bangsa saya. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah, saya cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit emak. Bersama- sama Belle, kami gunakan modal RM1,000 itu untuk membuat sembilan pasang telekung berwarna.

Kenapa pinjam emak dan bukan pinjaman bank? 
Sebab saya pernah kerja bank dan saya tak suka buat pinjaman bank. Kebanyakan pinjaman bank melibatkan interest.



Sebab itu, saya pinjam duit emak. Saya percaya kuat pada kuasa Allah. Saya mula berusaha menjaga solat dan bersedekah, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dengan RM1,000 duit emak, campur jujur, campur sedekah, campur ingat Allah The Only One yang bagi rezeki, saya dapat mendirikan rumahtangga dengan duit sendiri.

Alhamdulillah, kami dapat tinggal di kediaman yang selesa bersama kucing-kucing haiwan kesayangan Rasulullah, dapat membantu keluarga buat duit lebih dengan penubuhan jenama OSRA dan Pudore, juga buka butik Bella Ammara di Setapak, Shah Alam, Bangi, Sungai Petani dan Johor Bahru. Kami juga dapat menanam sifat ingin berniaga dalam kalangan rakan-rakan yang lain.

Mungkin ini baru empat tahun. Ya, jauh lagi perjalanan hidup ini. Hari ini alhamdulilah, saya mengetuai 10 syarikat dan mempunyai lebih 50 orang staf. Saya masih berjaya tidak lakukan pinjaman bank dan tidak mempunyai kad kredit. Yang penting, saya masih kuat percaya kuasa Allah.

SUMBER: Petikan artikal InTrend Jun 2016 
(Maaf copy untuk rujukan saya dan rakan-rakan)

Mahu lebih banyak cerita lain?
Jom Ikuti Saya!

FB / Pages : elqiranibizz
email : elqiranibizz@gmail.com

*****************************************************


::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::

(Jom CLICK iklan di bawah)

Selasa, 25 Oktober 2016

Kejadian Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, JB - 25 Oktober 2016

Assalamualaikum

Seperti sedia maklum Kejadian Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, JB hari ini, 25 Oktober 2016. Tragedi pagi ini sungguh menyayat hati. Hospital Sultanah Aminah terbakar dan 6 orang pesakit ICU meninggal dunia tidak dapat diselamatkan.


Pihak Infaq Qirani telah melancarkan Projek Bantuan Kebakaran HSA JB.

Mari kita membantu.
Bantuan dari segi makanan & minuman Alhamdulilah mencukupi.
Oleh dengan itu, kami memerlukan bantuan hygiene kit seperti :

1) Selipar
2) wet Tissue
3) Tuala Kecil
4) Kain Batik
5) Telekung
6) Lampin

Kami juga memerlukan volunteer utk mengagihkan sumber barangan

Semoga urusan ini Allah permudahkan.

Tarikh :
25 Oktober 2016

Meeting point :

Dataran di KFC (Berdekatan dengan HSA)

Waktu :
Selepas solat maghrib

Maklumat Lanjut :
Atie : 012 7734880
Risha : 016 2884758

_______________________________________________________________

Selain dari itu,
kami dari Infaq Qirani ingin memohon sumbangan anda untuk Projek Bantuan Kebakaran HSA kali ini.

Segala sumbangan ikhlas anda boleh di bank in kn ke:-

Maybank (elqiranibizz)
551306515863

Email: elqiranibizz@gmail.com

* Selepas membuat pembayaran, mohon berikan makluman tentang sumbangan anda (Nama penuh, Nilai Sumbangan, tarikh transaksi) WhatsApp kepada:

Risha - 0162884758
Shada - 0177513622


LINK ASAL POST:::
https://www.facebook.com/InfaqQirani/photos/a.1733875740231864.1073741828.1733750670244371/1798980200388084/?type=3


MOHON SEBAR KAN.

Untuk maklumat dan update dari masa ke semasa tentang Projek Kebajikan Infaq Qirani,

Jom LIKE and Follow Infaq Qirani ( https://www.facebook.com/InfaqQirani/ )

Berikut antara gambar-gambar di sekitar Kejadian Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, JB












Mahu lebih banyak cerita lain?
Jom Ikuti Saya!

FB / Pages : elqiranibizz
email : elqiranibizz@gmail.com

*****************************************************


::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::

(Jom CLICK iklan di bawah)

Isnin, 24 Oktober 2016

Ketahui tentang Travelling Checklist atau Tips Percutian

Salam semua,

Semua orang suka nak travel/percutian,
Bila sudah ada tarikh dan jadual percutian,
Kiter perlu merancang pula apa yang perlu dibawa.
Jangan nanti tiba di destinasi, itu tak bawak, ini tak bawak,
baru menyesal tak sudah, dah bazir lagi duit
Huhuhu..

Hari ni Cik Fairy nak kongsi pasal Travelling Checklist / Tips Percutian.
  • Extension Cord - (Lagi bagus kalau ada yang ada USB port terus, mudah nak charge semua barang elektronik masing-masing)

Ehem! Iklan sekejap, sesiapa nak beli Extension Soket with 4 USB Ports!
Boleh roger saya!
=)

Extension socket with 4 USB ports
Jenama : Pineng 
Panjang cable : 1.5 Meter
Saiz : 191 x 50 x 37 mm

Mudah dibawa travel
Ringan
Cable Panjang 1.5 meter
Xperlu lagi berebut untuk charge barang electronic anda 
Jenama Pineng

Harga pengenalan :
Rm50 1 unit

Postage :
RM8 - Semenanjung
RM12 - Sabah Sarawak

Retail price : 
Rm70-rm80

(Whatsapp : Elya : 017 - 555 7580)

  • Universal Adaptor (Penting kalau anda travel ke luar negara yang soket nya berbeza dengan Malaysia)
Mahu beli dari saya? Whatsapp sy ! Elya - 017-5557580

  • Simpan gambar Passport/ IC / Visa / Tiket ke dalam Handphone masing-masing (Sekurang-kurangnya, kalau barang fizikal tersebut hilang, mudah sedikit berurusan dengan Penguat Kuasa Tempatan - berbanding tiada backup apa-apa)

  • Pelekat Mudah Pecah / Fragile - (Sila minta staff penerbangan untuk tampalkan Pelekat Mudah Pecah di barangan anda, supaya barang anda akan diuruskan dengan berhati-hati) 

  • Kotak Ubat - (Anda boleh susun barang hiasan anda - subang, rantai, cincin, kerongsang ke dalam kotak ubat, lebih mudah dan tersusun)

  1. Beg Peralatan Mandian / Toiletries Bag - (Bawa peralatan mandian dalam botol yang kecil, mudah nak bawa, dan tidak akan guna banyak ruang)

  • 3 Pengangkut Baju / Hanger - (Bawa sekurang-kurang nya 3 penyangkut baju, supaya anda tidak terkial-kial cari penyangkut baju - kadang-kadang hotel tidak sediakan penyangkut baju secukupnya)  

  • Pen dan buku nota - (kalau tiba-tiba dapat ilham nak berpuisi, kan dah boleh catat apa yang perlu di catat~)

  • Bekas Cermin Mata - (boleh simpan wayar / cable barang elektronik anda ke dalam bekas ini)

  • Powerbank - (Sila bawa powerbank secukupnya untuk elakkan barang elektronik anda kehabisan bateri sewaktu anda travel)
  • Info Kecemasan / Emergency Contact - (Sila pastikan anda menyimpan maklumat tentang siapa patut dihubungi sekiranya berlaku kecemasan ke atas anda, ini akan memudahkan bantuan diberikan sekiranya apa-apa perkara tidak dingini berlaku semasa anda bercuti / Travel)

Jangan lupa! 

Sebelum anda memulakan perjalanan percutian anda, sila pastikan :
  1. Cabut semua plug peralatan elektrik anda (untuk elakkan sebarang litar pintas berlaku)
  2. Bayar semua bil-bil berkaitan (Pinjaman, bil elektrik, air, internet dan sebagainya)
  3. Kosongkan peti ais anda (Buang atau habiskan semua makanan / minuman yang mudah rosak dan sebagainya)
  4. Matikan penghawa dingin dan pemanas air
  5. Tutup semua Tab air (Untuk mengelak dari sebarang binatang atau kejadian tidak diingini berlaku)
  6. Simpan semua barang berharga di tempat selamat (Kalau ada peti besi lagi bagus, dapat kurangkan risiko yang tidak diingini)
  7. Kunci semua pintu dan tingkap (Pasang CCTV sekiranya boleh)
  8. Semak semula semua tiket-tiket berkaitan (Jangan tersalah tarikh dan masa)
  9. Tinggalkan kunci dan maklumat percutian anda dengan orang yang anda percayai  

SELAMAT BERCUTI!
=)

Mahu lebih banyak cerita lain?
Jom Ikuti Saya!

FB / Pages : elqiranibizz
email : elqiranibizz@gmail.com

*****************************************************


::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::

(Jom CLICK iklan di bawah)

Khamis, 20 Oktober 2016

Teknik Tabungan Menyongsang Hari

Teknik Tabungan Menyongsang Hari
==============================

Teknik ni di kongsi oleh Mohd Azwan Bin Mohd Buang.
Keunikan teknik ni adalah kiter buat tabungan secara menyongsang.

Contoh Bulan Jun ada 30 Hari.
  • 1 Jun 2016 : Simpan RM30
  • 2 Jun 2016 : Simpan RM29
  • 3 Jun 2016 : Simpan RM28
  • 4 Jun 2016 : Simpan RM27
  • 5 Jun 2016 : Simpan RM26
Dan seterusnya sehingga pada 30 Jun 2016 kita simpan RM1.00

Ha.. sekarang cuba kira berapa jumlah yang kita dah simpan?

RM30 + RM29 + RM28 + RM27 + RM26 + ...... + RM1 = RM465.00

Kenapa nak kena mulakan dengan RM30?

Sebab awal bulan kebiasaan nya kiter baru dapat gaji.
So RM30 tu masa tu nampak macam RM3 jer..
Tak terasa la bila simpan RM30 tu, haha..

Insha Allah, dengan izin Allah swt,
Kita boleh mengawal perbelanjaan kita bila ada tabungan sebegini.

Jom amalkan!

Good Luck!


No automatic alt text available.


Sumber : Mohd Azwan Bin Mohd Buang

Mahu lebih banyak cerita lain?
Jom Ikuti Saya!

FB / Pages : elqiranibizz
email : elqiranibizz@gmail.com

*****************************************************


::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::

(Jom CLICK iklan di bawah)

Rabu, 21 Ogos 2013

Kisah - Tak Sangka Allah Balas Cepat


Tak Sangka ALLAH Balas cepat
Oleh: KHALILAH GUSTI
Tarikh: August 19, 2013



KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.

Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.

Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.

Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.

"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.

“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,

“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”

Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.

Dermakan segumpal wang

Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.

Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.

Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.

Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.

“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.

“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.

“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.

Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca

Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.

Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”

Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.

“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.

"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.

Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.

Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.

Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.

Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita.

Sumber : Forwarded Email

*****************************************************

Mahu lebih banyak cerita lain?
Jom Ikuti Saya!

FB / Pages : elqiranibizz
email : elqiranibizz@gmail.com

*****************************************************


::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::

(Jom CLICK iklan di bawah)

Isnin, 19 Ogos 2013

Kisah Sedih Dan Pilu Di Kantin Sekolah.

Kisah Sedih Dan Pilu Di Kantin Sekolah....

Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah,
makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah.
Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik.
Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia..
Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..
dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap...

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..
aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak..
Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..
ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..
ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..
Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..
dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..??
Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..
Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..
dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler...aku bawak.. kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal?
ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan 'bekas' nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..
memang kami pakai balik bekas sabun tu...standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan ..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan ?
Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..
tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..
saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..
cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..
saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana ..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..
ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

Terima kasih..

Admin : Sama-samalah kita menolong mereka yang berada dalam kesusahan. Sesiapa yang mengenali kanak-kanak yang senasib seperti Amira, bantulah mereka. Hulurkanlah tangan kasih sayang biarpun bantuan kita itu tidak mampu menghilangkan beban mereka. Sekurang-kurangnya.. dengan sedikit perhatian yang kita berikan itu, mereka kan lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, bersungguh dalam pelajaran seterusnya keluar dari kepompong kefakiran.

P/S : Mereka yang pernah merasai betapa peritnya hidup dalam kefakiran, akan mempunyai jiwa yang kental untuk menempa kejayaan

Sumber: Forwarded Email


*****************************************************
::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::
(Jom CLICK iklan di bawah)

Sabtu, 17 Ogos 2013

Computer users! Know about CARPAL TUNNEL SYNDROME


Dear All,

I think This will be very Important to all of you. Please read this send it to all of your friends.

For everyone who works daily on a computer.
The mistakes daily mouse and keyboard usage will result in Carpal Tunnel Syndrome!
Use the mouse and keyboard correctly.
View below for the surgery of a patient suffering from Carpal Tunnel Syndrome followed by the RIGHT TECHNIQUES for usage....



Correct way to work on the Computer





Hand Exercises for Carpal Tunnel Syndrome :





Sumber:: Forwarded Email


*****************************************************


::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::

(Jom CLICK iklan di bawah)

A Small House Inside A Sewer


A Small House Inside A Sewer



Twenty-two years ago, a former drug addict Miguel Restrepo (Miguel Restrepo) and his wife, Maria Garcia (Maria Garcia) from the Colombian town of Medellin were left homeless.

They had no where to go for help, but they were not desperate.

Over time, they made their home ... under sewer hatch. In their small home, there's a bed, a chair, a fan, a TV and even a room for Blackie - a small friendly dog.

They are now a Happy couple and feel that they were lucky compared to other homeless people.



















Sumber : Forwarded Email



*****************************************************


::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::

(Jom CLICK iklan di bawah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddToAny