*~..:: IkLan BerBayaR Beb - Maksudnya ini bisnes bukan main2 ::..~*








|

Selasa, 14 Mei 2013

Tutorial - Jom membeli-belah di e-Bay!

Salam Sayang semua, 
Hari ini Fairy akan berkongsi cara dan kaedah mudah dalam membeli-belah di e-Bay~
Pada mereka yang baru membaca artikel ini, anda dijemput untuk membaca dahulu tentang
Pengertian e-Bay dan Paypal di SINI

Okay, sudah bersedia?
Syarat-syarat utama membeli belah di e-Bay:
1. Berumur 18 tahun ke atas.
2. Mempunya kad ATM yang mempunyai lambang Mastercard or Visa.
3. Akaun Paypal
4. Akaun e-Bay


Langkah-langkah untuk membeli belah di e-Bay:
  • Buka website e-Bay (untuk Malaysia, anda boleh gunakan alamat web ini (http://www.ebay.com.my/ ) 
  • Login akaun e-Bay anda (jika belum Login, sila Sign-up dahulu)
  • Dapatkan produk kesukaan anda
  • Anda perlu pastikan anda membeli dari penjual yang baik. Anda boleh mengetahui dan menilai lebih lanjut tentang penjual tersebut dalam ruang 'Seller info' dalam setiap produk yang ada mahu.
  • Sudah jumpa produk kesukaan anda? Tekan button biru 'Buy it Now' 

  • Pastikan maklumat anda betul dan tepat (Nama, alamat, no telefon)
  • Kemudian tekan button biru 'Continue'
 
  • Login Akaun Paypal anda



  • Pastikan maklumat yang diberikan adalah betul
  • Harga produk yang anda mahukan berkemungkinan akan berubah dari masa ke masa bergantung kepada harga U.S Dollars semasa



  • Sekali lagi pastikan makluman adalah betul dan tepat (Nama, alamat, No Hp)
  • Tekan button biru 'Confirm and pay'


  • SELESAI!
  • Anda akan menerima SMS dari Bank anda dan juga resit di e-Mail anda


Sekarang, anda hanya perlu tunggu di hadapan rumah anda untuk menerima produk yang telah anda beli!
Tempoh penerimaan produk-produk yang anda beli bergantung kepada di mana produk itu di pos.
Jika penjual nya hanya dalam Malaysia, penghantaran akan lebih pantas iaitu dalam tempoh seminggu paling lambat.
Tetapi sekiranya penjual itu berada di luar Malaysia, kebarangkalian anda akan menerima barang anda dalam 7 hari sehingga sebulan.

Walaubagaimanapun, anda akan di maklumkan dari masa ke semasa mengenai status produk yang anda telah beli. Berhubunglah dengan penjual tersebut sekiranya anda mahu maklumat lebih lanjut tentang barang yang anda beli.
=)


Artikel ini ditulis hanya sebagai rujukan buat diri saya dan sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Pihak saya tidak akan bertanggung-jawab sekiranya terdapat apa-apa permasalahan dalam melakukan apa-apa keputusan dari artikel ini.

Cadangan dan komen amat lah di alu alukan supaya kita sama-sama dapat menambah dan memperbaiki apa-apa yang ada.

Selamat mencuba!!

=)
Mudah-mudahan bermanfaat buat semua pembaca~



-elqiranibizz-

*****************************************************

::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::
(Jom CLICK iklan di bawah)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddToAny