PENGENALAN
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
1. Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);
2. Pengajian sepenuh masa; dan
3. Warganegara Malaysia.
Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.
CIRI-CIRI
Pemegang kad layak menerima diskaun daripada Rakan Dagang terpilih.
Tarikh tamat tempoh kad adalah selari dengan tempoh pengajian seseorang pelajar.
Sekiranya pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, pelajar tersebut dikehendaki membuat permohonan kad baru.
FI DAN CAJ
Yuran pendaftaran dikecualikan kepada pelajar warganegara Malaysia.
Yuran pendaftaran sebanyak RM5 dikenakan kepada pelajar bukan warganegara Malaysia.
Caj gantian kad jika berlaku kehilangan dan kerosakan kad ialah sebanyak RM2. Penggantian kad boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Rakyat.
Syarikat dan Koperasi yang menawar Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) .
KEDAI BUKU
- MPH Bookstores
- Imlaq Book Centre
- Borders (hanya di KL)
- Rona
- Kiang Trading
- Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad
- Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
- Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
PAKAIAN
- Bata
- Ifamily
- Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
- Texline Lino
*Bata – Discount 10%
*Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad – Diskaun 10% hingga 45% bagi produk terpilih
Syarat
1. Pakaian Batik
• 30% (Kemeja cotton VIP putih/warna)• 15% (Kemeja crepe/satin lengan panjang)• 10% (Kain pasang sutera crepe/ jacquard)• 30% (Kain pasang cotton/fuji)• 25% (Kaftan)
2. Songket
• 45% (Songket sutera Terengganu berpokok)• 45% (Songket sutera Terengganu berpagar)
3. Samping
• 20% (Corak istana)• 20% (Corak bunga abor)
Kesihatan
- Poliklinik An-Nisa’
- Qualitas Health
- Focus Point
- Menara Optometry
MAKANAN DAN MINUMAN
- KFC
- Daily Fresh
- A&W
- Coffee Berry
- The Chicken Rice Shop
- Restoran Kenny Crab
- Sweet Chat
- Legend’s Claypot Briyani House
- Dubu Dubu Seoul Food
- My Java Coffee
- Pancake House International
- Station One Product
- Gloria Jean’s Coffees
- Bangi Kopitiam
KFC – Diskaun 5%
Syarat
1. Untuk setiap transaksi kecuali produk yang menunjukkan diskaun.2. Transaksi tidak melebihi RM20.00.
A&W – Diskaun 50% diskaun ke atas mana-mana pembelian minuman Rootbeer, tidak termasuk botol 2 liter
PENGINAPAN
- Ancasa Hotels & Resorts
- Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
- Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
- Jerejak Rainforest Resort Penang
- Ancasa Express Pudu
- Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd
- Leo Express Hotel
- Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
- Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad
- Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
- Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
- Rakyat Travel Sdn. Bhd.
Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd – Diskaun 25% bagi harga bilik sahaja
SALUN / PUSAT / KECANTIKAN
- Foot Master
- Paris Hill
- Proactiv
- Clara
- Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad
*Foot Master – Pusat Rawatan Kulit Kaki – Diskaun 30%
*Proactiv – Diskaun 5%
Syarat
1. Sah digunakan di butik Proactiv di Publika, Solaris Dutamas dan Galaxy Ampang sahaja2. Tidak sah bagi tawaran atau promosi lain3. Tidak sah semasa event/ roadshow4. Diskaun:-
• Set asas Proactiv RM 199.90 – diskaun 5%• Set asas Proactiv RM 199.90 dan single item – jumlah keseluruhan diskaun 5%• Semua single item – diskaun 5%
PRODUK IT
- Koperasi Celcom Berhad
- Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
- Koperasi Celcom Berhad – Diskaun 2% hingga 5% bagi produk dan perkhidmatan terpilih
Syarat
Rangkaian telefon mudah alih jenama NOKIA -2% bagi setiap pembelian
KOPCEL Shoppe – 5% bagi ‘Non PLU product’ iaitu snek makanan ringan seperti jagung kukus, minuman mineral water dan makanan bergoreng
Rangkaian produk KOPCEL Best – 5% bagi setiap unit pembelian kecuali dalam jangka masa promosi
LAIN-LAIN
- Bkz Bikerz
- Roller Star Arena
- Double Site
- Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
- Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
- Mydin
Bkz Bikerz – Diskaun RM100 bagi motosikal terpakai dan RM200 diskaun bagi pembelian motorsikal baru model BKZ
Diskaun 10% – 20% pada harga aksesori motorsikal
Sewa Motorsikal dari RM80.00 sebulan
Percuma caj upah pekerja bagi safety checking
Senarai syarikat dan produk adalah seperti pada hari entri ini dikeluarkan, mungkin ada penambahan atau sebaliknya. Senarai ini di ambil dari laman web www.1pengguna.com
Untuk maklumat lanjut, sila klik http://www.1pengguna.com/kads1m/index.php?pg=main/home, http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/kadsiswa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan