*~..:: IkLan BerBayaR Beb - Maksudnya ini bisnes bukan main2 ::..~*








|
Memaparkan catatan dengan label TuToRiaL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TuToRiaL. Papar semua catatan

Isnin, 26 Ogos 2013

e-Book PERCUMA : Pengenalan Tentang Akaun Semasa dari Ms Adriyanti

Salam semua, 



Hari ini saya nak berkongsi e-book PERCUMA : 
Pengenalan Tentang Akaun Semasa dari Ms Adriyanti
Dari e-book ini, anda akan dapat mempelajari tentang::
  1. Pengenalan tentang Akaun Semasa
  2. Siapa boleh membuka akaun Semasa
  3. Keperluan untuk membuka akaun Semasa
  4. Jenis jenis Akaun semasa
  5. Penggunaan akaun semasa
  6. Penandatangan dan pertukaran penandatangan
  7. Elemen yang terdapat pada sekeping cek
  8. Nasihat apabila menggunakan akaun semasa dan cek
  9. Sebab - sebab cek dikembalikan
  10. Arahan henti bayar
  11. Penyimpanan Rekod
  12. Tugas dan Tanggung jawab pemegang akaun
  13. Akaun tidak Aktif
  14. Penutupan akaun semasa
  15. Penjelasan cek
  16. Dan sebagainya
Insyaallah, dengan kehendak Allah swt, Mudah-mudahan e-book ini akan dapat memanfaatkan anda dan keluarga anda~
=)

Jangan lupa ucap terima kasih kepada penulis tersebut ye!
Salam sayang, 
cik Fairy
DAPATKAN E-BOOK PERCUMA ANDA DI SINI::
Pengenalan Tentang Akaun Semasa dari Ms Adriyanti
*****************************************************
*KENYATAAN: 
Cik Fairy hanya ingin bersama-sama berkongsi dan memanfaatkan ilmu dari e-book ini.
Segala persoalan dan kenyataan, sila berhubung dengan penulis e-book tersebut.

*****************************************************


::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::

(Jom CLICK iklan di bawah)

Sabtu, 24 Ogos 2013

Tips Bebas Hutang


Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.

Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. 
Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan "bergaya" dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim "bisnes". Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.

Second income penting sebagai "backup" income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

Itu jer lah rahsianya. 
Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. 
Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer~

Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan~

Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.

7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun
Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% รข€“ 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang berkat seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai "good debt" iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel "Hutang Berkat, Hutang Mudarat" untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana "Full-settlement Hutang".
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai "pokok" jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai "pokok" + "interest"!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit "durian runtuh" seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 - RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai "kenaikan gaji", apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi
Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti 'Jutawan Dari Planet Jupiter' (Azizi Ali), 'Nota Jutawan, Nota Kewangan' (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.

Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. 
Iaitu 'Get Out Of Debt' kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)~

Wallahu a'lam.

Zulkifli
11 Julai 2011
10 Sya'ban 1432
Damansara Damai

Sumber: Forwarded Email

*****************************************************


::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::

(Jom CLICK iklan di bawah)

e-Book PERCUMA : Akaun Emas dari En KhairulNahar


Salam semua, 



Hari ini saya nak berkongsi e-book PERCUMA : 
Akaun Emas dari En KhairulNahar
Dari e-book ini, anda akan dapat mempelajari tentang::
  1. Kenapa pelaburan emas menguntungkan?
  2. Bagaimana Pelaburan Emas Boleh Dibuat Di Malaysia
  3. Harga Jual Dan Harga Belian
  4. Beza Harga Jualan Dan Belian (SPREAD)
  5. Akaun Emas Mana Yang Paling Menguntungkan
  6. Bagaimana Memaksimumkan Keuntungan Akaun Emas
  7. Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Bila TREND HARGA MENAIK
  8. Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Bila TREND HARGA MENURUN
  9. Teknik Membeli Akaun Emas
  10. Apakah Hukum Akaun Simpanan Pelaburan Emas?
  11. Akaun Emas Yang Manakah Mematuhi Hukum Syariah?
  12. Trend Pergerakan Harga Emas Global
  13. Dan sebagainya
Insyaallah, dengan kehendak Allah swt, Mudah-mudahan e-book ini akan dapat memanfaatkan anda dan keluarga anda~
=)
Jangan lupa ucap terima kasih kepada penulis tersebut ye!
Salam sayang, 
cik Fairy
DAPATKAN E-BOOK PERCUMA ANDA DI SINI::
Akaun Emas dari En KhairulNahar
*****************************************************
*KENYATAAN: 
Cik Fairy hanya ingin bersama-sama berkongsi dan memanfaatkan ilmu dari e-book ini.
Segala persoalan dan kenyataan, sila berhubung dengan penulis e-book tersebut.
*****************************************************


::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::

(Jom CLICK iklan di bawah)

Rabu, 21 Ogos 2013

e-Book PERCUMA :9 sebab anda GAGAL menjadi KAYA dari Mohd Fazdlie bin Mohamad Sahid (Encik Dlie)

Salam semua, 



Hari ini saya nak berkongsi e-book PERCUMA : 
9 sebab anda GAGAL menjadi KAYA dari Mohd Fazdlie bin Mohamad Sahid (Encik Dlie)
Dari e-book ini, anda akan dapat mempelajari tentang::
  1. Bagaimana anda merancang kewangan anda
  2. Bagaimana anda dapat menetapkan matlamat anda
  3. Bagaimana anda boleh mulakan langkah pertama anda
  4. Apakah garis panduan untuk menjadi kaya
  5. Bagaimana untuk tidak cepat berputus asa
  6. Bagaimana mengukuhkan ilmu kewangan anda
  7. Bagaimana menjadi rajin dan berdikari
  8. Dan sebagainya

Insyaallah, dengan kehendak Allah swt, Mudah-mudahan e-book ini akan dapat memanfaatkan anda dan keluarga anda~
=)
Jangan lupa ucap terima kasih kepada penulis tersebut ye!
Salam sayang, 
cik Fairy
DAPATKAN E-BOOK PERCUMA ANDA DI SINI::
9 sebab anda GAGAL menjadi KAYA dari Mohd Fazdlie bin Mohamad Sahid (Encik Dlie)
*****************************************************
*KENYATAAN: 
Cik Fairy hanya ingin bersama-sama berkongsi dan memanfaatkan ilmu dari e-book ini.
Segala persoalan dan kenyataan, sila berhubung dengan penulis e-book tersebut.


*****************************************************

::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::
(Jom CLICK iklan di bawah)

Isnin, 19 Ogos 2013

e-Book PERCUMA : 8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda! dari En Khairulnahar

Salam semua, 

Hari ini saya nak berkongsi e-book PERCUMA : 
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda! dari En Khairulnahar
Dari e-book ini, anda akan dapat mempelajari tentang::
  1. Bagaimana anda dapat menjimatkan wang dan bagaimana anda boleh maksima kan wang anda~
Mudah-mudahan e-book ini akan dapat memanfaatkan anda dan keluarga anda~
=)
Jangan lupa ucap terima kasih kepada penulis tersebut ye!
Salam sayang, 
cik Fairy
DAPATKAN E-BOOK PERCUMA ANDA DI SINI::
8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda! dari En Khairulnahar
*****************************************************
*KENYATAAN: 
Cik Fairy hanya ingin bersama-sama berkongsi dan memanfaatkan ilmu dari e-book ini.
Segala persoalan dan kenyataan, sila berhubung dengan penulis e-book tersebut.


*****************************************************
::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::
(Jom CLICK iklan di bawah)

e-Book PERCUMA : 5 Langkah Bebas Belenggu Makan Gaji dari En Wahi Abd Rashid

Salam semua, 
Hari ini saya nak berkongsi e-book PERCUMA
5 Langkah Bebas Belenggu Makan Gaji dari EnWahi Abd Rashid.
Dari e-book ini, anda akan dapat mempelajari tentang::
  1. Bagaimana membayar/menghadiahkan diri anda dahulu
  2. Bagaimana anda boleh selesaikan hutang tidak sihat
  3. Bagaimana cara mendapatkan pendapatan tambahan
  4. Apekah Strategi menguruskan perniagaan
  5. Dan sebagainya~ 
Mudah-mudahan e-book ini akan dapat memanfaatkan anda dan keluarga anda~
=)
Jangan lupa ucap terima kasih kepada penulis tersebut ye!
Salam sayang, 
cik Fairy
DAPATKAN E-BOOK PERCUMA ANDA DI SINI::
5 Langkah Bebas Belenggu Makan Gaji dari En Wahi Abd Rashid
*****************************************************
*KENYATAAN: 
Cik Fairy hanya ingin bersama-sama berkongsi dan memanfaatkan ilmu dari e-book ini.
Segala persoalan dan kenyataan, sila berhubung dengan penulis e-book tersebut.

*****************************************************

::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::
(Jom CLICK iklan di bawah)

Jumaat, 31 Mei 2013

Successfully Shopping at e-Bay!


Salam sayang semua, 

merujuk pada tutorial saya yang lalu:
Tutorial - Jom membeli-belah di e-Bay!

sebelum ini saya ada ajar bagaimana mahu membuat pembelian di e-Bay~
contoh yang diberikan adalah LCD Pedometer.



    Sebagaimana yang telah dimaklumkan, 
    Tempoh penerimaan produk-produk yang anda beli bergantung kepada di mana produk itu di pos.
    Jika penjual nya hanya dalam Malaysia, penghantaran akan lebih pantas iaitu dalam tempoh seminggu paling lambat.
    Tetapi sekiranya penjual itu berada di luar Malaysia, kebarangkalian anda akan menerima barang anda dalam 7 hari sehingga sebulan.

    Walaubagaimanapun, anda akan di maklumkan dari masa ke semasa mengenai status produk yang anda telah beli. Berhubunglah dengan penjual tersebut sekiranya anda mahu maklumat lebih lanjut tentang barang yang anda beli.
    =)

    sebelum ini penjual ada menghubungi saya melalui email tentang status penerimaan barang yang telah dibeli.
    Saya telah membuat contoh pembelian LCD Pedometer ini pada 13 Mei 2013 dan hari ini, 31 Mei 2013, saya telah menerima barangan ini di peti surat saya. lain pembeli lain masa penerimaan produk2~
    so.. ayuh membeli belah di e-Bay!
    =)



    Artikel ini ditulis hanya sebagai rujukan buat diri saya dan sesiapa sahaja yang memerlukannya.
    Pihak saya tidak akan bertanggung-jawab sekiranya terdapat apa-apa permasalahan dalam melakukan apa-apa keputusan dari artikel ini.

    Cadangan dan komen amat lah di alu alukan supaya kita sama-sama dapat menambah dan memperbaiki apa-apa yang ada.

    Selamat mencuba!!

    =)
    Mudah-mudahan bermanfaat buat semua pembaca~

    -elqiranibizz-


    *****************************************************

    ::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::
    (Jom CLICK iklan di bawah)

    Sabtu, 18 Mei 2013

    Example of Resignation Letter


    Example of Resignation Letter 

    No 55, Jalan Perhutanan 100
    Taman Suka Hati Gua La
    81300 Pontian
    Johor
    _____________________________________________________________________

    Syarikat Gembar Gembur Sdn Bhd
    Blok A, Bangunan Utama
    Jalan Syarikat Sendiri
    813060 Pontian                                                                                   28 February 2013
    Johor

    Dear Sir/Madam,

    I wish to formally notify you that I am resigning from my position as Senior Executive, Media Relations with Syarikat Gembar Gembur Sdn. Bhd. (SGG). As per my employment contract, I am giving three months’ notice and my last day of employment will be on 28 May 2013. I will ensure that all my projects are completed by that date and assist in any way possible to ensure a smooth handover to my replacement. 

    On a more personal note, let me express my gratitude for the wonderful opportunities for professional growth and development you have provided over the last nine – ten years. I have learned so much and your guidance and mentorship have been invaluable. I also greatly enjoyed working with such a supportive and dynamic team. Working with SGG and Corporate Communications Department particularly, was a particular highlight and provided me with one of the most satisfying experiences of my career. 

    While I am excited by the new opportunities that I will be pursuing, I will always remember my time at SGG with great fondness. Thank you for the opportunities for professional and personal development that you have provided me during the last nine – ten years. I have enjoyed working for the company and appreciate the support provided me during my tenure with the company. 

    If I can be of any help during this transition, please let me know.

    Thank you and kind regards

    Isabella Rashid
    601016-09-5390 (IC)
    003090 (Employee No)
    010-7339334 (HP No)

    Cc: 
    1. En Kumaran Suparman, Senior General Manager, Corporate Department 
    2. En Faisal Bambang, General Manager, Human Resource Department 

    *****************************************************

    ::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::
    (Jom CLICK iklan di bawah)

    Rabu, 15 Mei 2013

    Tutorial - Cara Mendaftar Kad Debit Di Akaun PayPal


    Salam Ukhwah semua, 
    Sebelum ni saya sudah berkongsi tentang:

    Untuk kali ini, saya ingin berkongsi tentang cara mendaftarkan Kad Debit anda di akaun PayPal~





    • Gerakkan cursor anda ke 'Profile'
    • Tekan 'Add/Edit Credit Card'


    • Tambah akaun kad debit anda. Perhatikan, anda boleh menambah mana-mana akaun bank anda asalkan debit kad anda tertera lambang 'VISA', 'MasterCard' dan sebagai nya (rujuk gambar di bawah) 


    • Sudah tetapkan akaun kad debit anda? Masukkan maklumat tentang akaun anda seperti di bawah




    • Sudah tekan butang 'Add Card'? Kad Debit anda perlu disahkan sebagai keselamatan transaksi antara akaun anda dan PayPal. 
    • Tekan Butang 'Confirm My Card', anda akan dibawah ke paparan di bawah


    • Tekan button 'Continue'


    • Selepas anda tekan butang 'Continue', anda akan menerima SMS di telefon bimbit anda beserta e-mail berkenaan dengan 4-digit code ini.
    • Tekan 'Go to my profile' dan tekan butang 'Enter PayPal Code' (langkah ini dibuat selepas anda menerima PayPal Code di telefon bimbit anda.
    • Msasukkan 4 kod digit anda 
    • SELESAI!!
    • Anda boleh membeli belah , menjual beli atau melakukan transaksi dengan menggunakan PayPal anda!


    Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dalam melakukan apa-apa transaksi di alam maya. 
    Pastikan segala maklumat diperoleh terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa keputusan.

    Artikel ini ditulis hanya sebagai rujukan buat diri saya dan sesiapa sahaja yang memerlukannya.
    Pihak saya tidak akan bertanggung-jawab sekiranya terdapat apa-apa permasalahan dalam melakukan apa-apa keputusan dari artikel ini.

    Cadangan dan komen amat lah di alu alukan supaya kita sama-sama dapat menambah dan memperbaiki apa-apa yang ada.

    Selamat mencuba!!

    =)
    Mudah-mudahan bermanfaat buat semua pembaca~

    -elqiranibizz-

    *****************************************************

    ::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::
    (Jom CLICK iklan di bawah)

    Selasa, 14 Mei 2013

    Tutorial - Jom membeli-belah di e-Bay!

    Salam Sayang semua, 
    Hari ini Fairy akan berkongsi cara dan kaedah mudah dalam membeli-belah di e-Bay~
    Pada mereka yang baru membaca artikel ini, anda dijemput untuk membaca dahulu tentang
    Pengertian e-Bay dan Paypal di SINI

    Okay, sudah bersedia?
    Syarat-syarat utama membeli belah di e-Bay:
    1. Berumur 18 tahun ke atas.
    2. Mempunya kad ATM yang mempunyai lambang Mastercard or Visa.
    3. Akaun Paypal
    4. Akaun e-Bay


    Langkah-langkah untuk membeli belah di e-Bay:
    • Buka website e-Bay (untuk Malaysia, anda boleh gunakan alamat web ini (http://www.ebay.com.my/ ) 
    • Login akaun e-Bay anda (jika belum Login, sila Sign-up dahulu)
    • Dapatkan produk kesukaan anda
    • Anda perlu pastikan anda membeli dari penjual yang baik. Anda boleh mengetahui dan menilai lebih lanjut tentang penjual tersebut dalam ruang 'Seller info' dalam setiap produk yang ada mahu.
    • Sudah jumpa produk kesukaan anda? Tekan button biru 'Buy it Now' 

    • Pastikan maklumat anda betul dan tepat (Nama, alamat, no telefon)
    • Kemudian tekan button biru 'Continue'
     
    • Login Akaun Paypal anda



    • Pastikan maklumat yang diberikan adalah betul
    • Harga produk yang anda mahukan berkemungkinan akan berubah dari masa ke masa bergantung kepada harga U.S Dollars semasa



    • Sekali lagi pastikan makluman adalah betul dan tepat (Nama, alamat, No Hp)
    • Tekan button biru 'Confirm and pay'


    • SELESAI!
    • Anda akan menerima SMS dari Bank anda dan juga resit di e-Mail anda


    Sekarang, anda hanya perlu tunggu di hadapan rumah anda untuk menerima produk yang telah anda beli!
    Tempoh penerimaan produk-produk yang anda beli bergantung kepada di mana produk itu di pos.
    Jika penjual nya hanya dalam Malaysia, penghantaran akan lebih pantas iaitu dalam tempoh seminggu paling lambat.
    Tetapi sekiranya penjual itu berada di luar Malaysia, kebarangkalian anda akan menerima barang anda dalam 7 hari sehingga sebulan.

    Walaubagaimanapun, anda akan di maklumkan dari masa ke semasa mengenai status produk yang anda telah beli. Berhubunglah dengan penjual tersebut sekiranya anda mahu maklumat lebih lanjut tentang barang yang anda beli.
    =)


    Artikel ini ditulis hanya sebagai rujukan buat diri saya dan sesiapa sahaja yang memerlukannya.
    Pihak saya tidak akan bertanggung-jawab sekiranya terdapat apa-apa permasalahan dalam melakukan apa-apa keputusan dari artikel ini.

    Cadangan dan komen amat lah di alu alukan supaya kita sama-sama dapat menambah dan memperbaiki apa-apa yang ada.

    Selamat mencuba!!

    =)
    Mudah-mudahan bermanfaat buat semua pembaca~



    -elqiranibizz-

    *****************************************************

    ::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::
    (Jom CLICK iklan di bawah)

    Isnin, 13 Mei 2013

    Tutorial - Pengertian e-Bay dan Paypal

    Salam Semua,
    lama sudah rasanya tidak update mana-mana artikel.
    Alhamdullillah, masih bernyawa atas hendak Nya~
    Kali ni saya ingin berkongsi tentang e-Bay.
    Apa itu e-Bay?
    e-Bay ialah satu platform bagi kita menjual/membeli barangan dalam harga jauh lebih murah dari tempat lain. Selain urusan menjual dan membeli, eBay juga telah memperkenalkan satu sistem penjualan produk secara lelongan di dalam internet.
    Konsep pembelian produk melalui bidaan yang mana paling tinggi harganya selepas tamat lelongan adalah dikira sebagai pemenang. 
    Sungguh mudah menjual produk di eBay. Anda tidak perlu menyediakan website perniagaan anda sendiri bagi tujuan promosi dan pemasaran. Apa yang anda perlu lakukan hanya dengan meletakkan produk anda di eBay dan menunggunya beberapa hari mengikut ketetapan anda sebelum anda mendapatkan pulangan pendapatan anda selepas tamat lelongan.

    Selain daripada menjual, eBay juga membuka peluang kepada anda untuk membeli produk yang anda inginkan mengikut harga lelongan. Buat mereka yang ingin menambah pendapatan, inilah peluang untuk membeli produk hangat di eBay dan menjualkannya semula dengan harga yang tinggi.

    Apa yang kita boleh dapat dari e-Bay?

    (P/s: ni contoh paparan e-Bay Malaysia: http://www.ebay.com.my/ )

    Sebenarnya banyak sangat produk yang kita boleh dapatkan dari e-Bay ini. Antaranya produk-produk  elektronik, mainan, telefon bimbit, pakaian, barangan keperluan dan lain-lain lagi. E-Bay bertindak sebagai medium yang menyediakan tempat/tapak bagi penjual untuk berniaga. Walaubagaimanapun, suka saya ingin mengingatkan anda semua supaya berhati-hati dalam memilih produk dari penjual-penjual disana.

    Bagaimana mahu membuat pembayaran di e-Bay?

    (P/s: ni contoh paparan Paypal Malaysia: https://www.paypal.com/my/webapps/mpp/home )

    Kebiasaannya, sekiranya anda mahu membeli produk di e-Bay, anda boleh menggunakan kad kredit ataupun paypal. Paypal adalah sistem pembayaran online (atau dikatakan e-wallet) yang membolehkan anda melakukan transaksi wang dengan menghantar atau menerima wang dalam bentuk digital. PayPal melakukan transaksi wang dengan cara yang lebih selamat dan lebih mudah untuk membayar dalam apa jua cara yang mereka suka, termasuk melalui kad kredit, akaun bank, PayPal Smart Connect atau baki akaun, tanpa berkongsi maklumat kewangan.
    Dalam bahasa mudah nya, sudah menjadi kebiasaan bagi kita semua menggunakan www.maybank2u.com.my , www.cimbclicks.com.my untuk beli belah di alam maya (online)
    Berbanding paypal, kelebihannya ialah anda boleh menerima dan membuat pembayaran di mana-mana tempat di seluruh dunia tanpa bersusah payah berurusan di bank-bank berdekatan. Kini, sudah ramai yang menggunakan paypal sebagai medium untuk melakukan pembayaran di alam maya (online). Paypal membolehkan kita menggunakan kad debit berbanding kebiasaannya menggunakan kad kredit.

    Ok itu sahaja buat masa kini, saya akan membuat huraian lebih lanjut berkenaan e-Bay dan Paypal ini di lain masa~


    Artikel ini ditulis hanya sebagai rujukan buat diri saya dan sesiapa sahaja yang memerlukannya.
    Pihak saya tidak akan bertanggung-jawab sekiranya terdapat apa-apa permasalahan dalam melakukan apa-apa keputusan dari artikel ini.

    Cadangan dan komen amat lah di alu alukan supaya kita sama-sama dapat menambah dan memperbaiki apa-apa yang ada.

    Selamat mencuba!!

    =)
    Mudah-mudahan bermanfaat buat semua pembaca~


     -elqiranibizz-

    *****************************************************

    ::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::
    (Jom CLICK iklan di bawah)

    Isnin, 27 Jun 2011

    Tutorial: Animated Recent Post

    Want to know how to add Animated Recent Post widget?
    Mahu tahu cara nak tambah widget Post terkini yang bergerak?

    The Animated Recent Post Widget will be looked like this:
    Widget Post terkini anda akan menyerupai seperti di bawah:






    get this widget here

    So here is the step:
    Berikut adalah langkah-langkah nya:

    1.From Dashboard > Design > Add a gadget > HTML/Javascript
    1. Dari Dashboard > Design > Add a gadget > HTML/Javascript

    2. Copy below code and paste it in the HTML/Javascript

    2. Salin kod berikut dan tampal dalam ruang HTML/Javascript





    Note: Replace URL BLOG with your own url blog 
    Nota: Gantikan  URL BLOG dengan URL blog anda


    3. Save and look at the result

    3. Tekan Save dan lihat hasilnya





    *****************************************************

    ::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::
    (Jom CLICK iklan di bawah)

    Ahad, 3 Januari 2010

    Tutorial: Change Your blog's Width

    Want to know how to change your Blog's Width? Let's check it out what you should do~
    Bagaimana mahu menukar Lebar paparan Blog anda? Mari kita lihat apa yang anda patut lakukan~

    Place: HTML Section
    Tempat: Bahagian HTML




    Jumaat, 1 Januari 2010

    Tutorial: Add Table in Your Blog Post


    Want to add a table in your blog post?
    Mahu menambah 'table' dalam 'blog post' anda?


    But what is TABLE actually?
    Tetapi apa itu 'TABLE'?

    Example of a table / Contoh 'table' :


    One is Satu
    Two is Dua
    Three is Tiga
    Four is Empat

    *************************************

    Tutorial

    Special for those who wanted to learn~~

    1. Change Your blog's Width


    2. Add Table in Your Blog Post









    get this widget here

    *******************************************

    *** Will be updated***
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    AddToAny