Minggu lepas Cik Fairy berpeluang ke 'Slide The City' di Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Bahru pada Sabtu, 15 October 2016
Cik Fairy tiba di Hutan Bandar, Mutiara Rini, Johor pada pagi Sabtu, 15 Oktober 2016.
Alhamdullillah, tengah hari panas memang tak ramai orang, kami terus daftar kan diri di kaunter pendaftaran, setiap dari kami di hadiah kan:
- Tag (Honored Guest) (boleh slide banyak kali)
- Pelampung besar (boleh bawa balik rumah gitu)
- Pistol Air (Hydroblaster Gun) (main perang air! Ada 2 jenis, Cik Fairy dapat yang besar)
- T-shirt Rasmi 'Slide The City (tak wajib pakai, tapi cun jugak T-shirt ni)
- Air Mineral Spritzer (Program di sponsor oleh Spritzer, mesti la ada gift dari dorang)
Sebelum 4.30 petang, hanya seorang atau tiada orang beratur, Cik Fairy hanya perlu ke tempat permulaan slide, dan mula slide dari hujung ke hujung, kemudian ulang kembali.
Penat jugak patah balik ke tempat permulaan (Jarak slide dianggar kan dalam 300 meter)
Alhamdullillah Syukur Cik Fairy sempat Slide sebanyak 7 x, sebelum orang mula ramai beratur panjang di situ
Selepas pukul 4.30 petang, Cik Fairy terpaksa beratur selama 15 minit baru boleh Slide di situ.
Akhir nya, Cik Fairy buat keputusan beredar dari situ dan pergi melawat gerai-gerai yang ada.
Untuk yang tertanya2 tentang harga tiket,
Berikut senarai Harga Tiket yang dijual oleh pihak Slide the City, Johor Bahru :
Antara Video yg berjaya dirakam :
(Boleh lihat di Instagram saya di : https://www.instagram.com/elqirani/)
Ada beberapa Tips yang Cik Fairy nak share pada rakan-rakan semua berkenaan aktiviti yang melibatkan air :
- Bawa sepasang baju ganti (tudung, baju, seluar, underwear)
- Plastik untuk letak baju basahan (Bawa extra pun tak apa)
- Beg kalis air (Untuk simpan barang elektronik)
- Pouch bag kalis air - lutsinar/transparent (untuk letak HP anda, boleh snap gambar atau ambil video)
- Sediakan payung sebelum hujan (dalam kes ni, panas terik, nasib baik kami bawak payung)
- Air mineral secukup rasa
- Penganjur banyak promosikan event ni di Facebook mereka (https://www.facebook.com/slidethecitymalaysia )
- Penganjur juga ada ambil inisiatif lain untuk mempromosikan event mereka melalui Blogger2, pertandingan, promosi semasa Hari Malaysia / Merdeka dan sebagainya
- Penganjur wujudkan elemen 'Urgency' di mana ada harga tiket 'Early Bird' dan sebagainya
- Terdapat pelbagai gerai-gerai seperti gerai menjual makanan, Spritzer, Go Pro, dan lain-lain lagi
Slide The City ni hanya berlangsung pada 15 Oktober 2016 sahaja di Hutan Bandar, Mutiara Rini, Johor. Lain kali mungkin di negeri / bandar lain pula. Alhamdullillah Cik Fairy diberi kesempatan untuk sertai aktiviti yang julung-julung kali di adakan ini.
Terima kasih kepada Blogger LerTravel bermurah hati berikan Cik Fairy - Unlimited Slider (yang bernilai lebih RM149).
Maklumat Lanjut berkenaan Slide The City :
Mahu lebih banyak cerita lain?
Jom Ikuti Saya!
Jom Ikuti Saya!
FB / Pages : elqiranibizz
email : elqiranibizz@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan