Jom tengok Youtube di sini:
https://youtu.be/MGHwqED6Us4
Hari ini saya berkongsi live video di Facebook saya Mohd Sholihin bagaimana 'Real Case Study' seorang peserta Program Pendidikan Pengurusan Pendapatan 'Financial Freedom Technique' (FFT) ketika sesi Personal Coaching.
Pasangan ini hadir sesi Personal Coaching (sesi ini adalah 100% percuma) selepas menghadiri Talk FFT dengan wajah gundah gulana mengenang permasalahan yang membelenggu fikiran hingga menyebabkan mereka buntu mencari jalan penyelesaian.
HUTANG!!!
Ini yang membuatkan mereka berjumpa saya dengan harapan diberi tip kebebasan kewangan yang pastinya merealisasikan matlamat mereka melangsai hutang yang menjadi bebanan hidup seharian.
Empat komitmen hutang bulanan menyebabkan gaji bersih Encik Suami yang pada asalnya RM4250.00 sebulan hanya tinggal RM60.00
Apakah empat hutang Encik Suami?
1) Bayaran Kenderaan RM1250.00
2) Bayaran Kediaman RM1950.00
3) Bayaran Pinjaman1 RM 490.00
4) Bayaran Pinjaman2 RM 500.00
Dengan wajah kebingungan kedua mereka melihat pelik saya tersenyum manis (jangan cakap senyuman saya tak manis hokey) sambil menyatakan 'inshaALLAH boleh distruktur semula ni' , serentak itu kedua mereka bertanya 'macam mana nak buat tu En Hin?'
Saya gemar menjawap soalan dengan soalan maka saya tanya kembali mereka berdua 'Puan Isteri pasti ada pendapatan kan?' jika tidak mana mungkin En Suami berani buat pinjaman peribadi sehingga baki gaji tinggal RM60.00
Berikut langkah demi langkah saya kongsikan yang membuat kedua mereka juga tersenyum manis selepas sesi Personal Coaching :
1) Ikut Pembahagian Sistem Peratusan Pendapatan FFT
-Sumber Pendapatan Utama (SPU)
- Zakat 3% RM 127.50
- Simpanan 20% RM 850.00
- Keperluan 70% RM 2975.00
- Takaful 7% RM 297.50
2) Jadikan Pendapatan Isteri RM2500.00 Sebulan Sebagai Pendapatan Tambahan
-Sumber Pendapatan Tambahan (SPT)
- Zakat 3% RM 75.00
- Simpanan 60% RM 1500.00
- Keperluan 30% RM 750.00
- Takaful 7% RM 175.00
3) Oleh Kerana Simpanan Dari SPU Tiada Maka Guna Simpanan SPT
- -Kira Teknik Compounding Menguna Pakai Instrumen Kewangan Islamik dan Legal
- -Compound Selama 5 Tahun Secara Konsisten RM1500.00 (Simpanan SPT)
- -Jumlah Simpanan Tunai Terkumpul Seperti Berikut ;
4) Langsai Pinjaman Peribadi Mengguna Pakai Tunai Di Tangan
- -Selesaikan Hutang Jahat Iaitu Pinjaman Peribadi 1 & 2
- -Walau Pinjaman Ikat 20 Tahun Namun 5 Tahun (Tempoh Simpanan) Pinjaman Telah Selesai
- -Baki Wang Tunai Ditangan Masih Ada RM 12,234.99
5) Disiplin Mengurus Mengikut Peratusan Sistem FFT
- -Guna Tunai Di Tangan RM 12,234.99 Sebagai Principal Amaount
- -Konsisten Simpanan 20% Dari SPU dan 60% Dari SPT
- -Berjadual selama 10 Tahun Untuk Persaraan
6) Hasil Fokus , Disiplin dan Berjadual Nikmati Persaraan Dengan Tenang
- -Fokus Pada Matlamat Kewangan
- -Disiplin Mengurus Bijak Pendapatan
- -Berjadual Konsisten Dengan Ilmu
7) Dari Baki Gaji RM60.00 Menjadi RM 393,900.00
- -Tonton Video Sehingga Habis Untuk Detail Pengiraan
- -Jangan Terus Judge Tanpa Menonton Sehingga Habis
- -Untuk Mempelajari Lebih Banyak Ilmu Pengurusan Pendapatan Daftar Tanpa Tapi Dan Nanti
Daftar Program Pendidikan FFT "GAGAL MENGURUS PENDAPATAN SELAMANYA MENCIPTA PENDAPATAN HINGGA HUJUNG NYAWA." |
(maaf copy, untuk rujukan sendiri dan rakan2)
Credit sepenuhnya untuk penulis asal artikel ini.
Mahu lebih banyak cerita lain?
Jom Ikuti Saya!
Jom Ikuti Saya!
FB / Pages : elqiranibizz
email : elqiranibizz@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan