*~..:: IkLan BerBayaR Beb - Maksudnya ini bisnes bukan main2 ::..~*








|

Isnin, 24 Oktober 2016

Ketahui tentang Travelling Checklist atau Tips Percutian

Salam semua,

Semua orang suka nak travel/percutian,
Bila sudah ada tarikh dan jadual percutian,
Kiter perlu merancang pula apa yang perlu dibawa.
Jangan nanti tiba di destinasi, itu tak bawak, ini tak bawak,
baru menyesal tak sudah, dah bazir lagi duit
Huhuhu..

Hari ni Cik Fairy nak kongsi pasal Travelling Checklist / Tips Percutian.
  • Extension Cord - (Lagi bagus kalau ada yang ada USB port terus, mudah nak charge semua barang elektronik masing-masing)

Ehem! Iklan sekejap, sesiapa nak beli Extension Soket with 4 USB Ports!
Boleh roger saya!
=)

Extension socket with 4 USB ports
Jenama : Pineng 
Panjang cable : 1.5 Meter
Saiz : 191 x 50 x 37 mm

Mudah dibawa travel
Ringan
Cable Panjang 1.5 meter
Xperlu lagi berebut untuk charge barang electronic anda 
Jenama Pineng

Harga pengenalan :
Rm50 1 unit

Postage :
RM8 - Semenanjung
RM12 - Sabah Sarawak

Retail price : 
Rm70-rm80

(Whatsapp : Elya : 017 - 555 7580)

  • Universal Adaptor (Penting kalau anda travel ke luar negara yang soket nya berbeza dengan Malaysia)
Mahu beli dari saya? Whatsapp sy ! Elya - 017-5557580

  • Simpan gambar Passport/ IC / Visa / Tiket ke dalam Handphone masing-masing (Sekurang-kurangnya, kalau barang fizikal tersebut hilang, mudah sedikit berurusan dengan Penguat Kuasa Tempatan - berbanding tiada backup apa-apa)

  • Pelekat Mudah Pecah / Fragile - (Sila minta staff penerbangan untuk tampalkan Pelekat Mudah Pecah di barangan anda, supaya barang anda akan diuruskan dengan berhati-hati) 

  • Kotak Ubat - (Anda boleh susun barang hiasan anda - subang, rantai, cincin, kerongsang ke dalam kotak ubat, lebih mudah dan tersusun)

  1. Beg Peralatan Mandian / Toiletries Bag - (Bawa peralatan mandian dalam botol yang kecil, mudah nak bawa, dan tidak akan guna banyak ruang)

  • 3 Pengangkut Baju / Hanger - (Bawa sekurang-kurang nya 3 penyangkut baju, supaya anda tidak terkial-kial cari penyangkut baju - kadang-kadang hotel tidak sediakan penyangkut baju secukupnya)  

  • Pen dan buku nota - (kalau tiba-tiba dapat ilham nak berpuisi, kan dah boleh catat apa yang perlu di catat~)

  • Bekas Cermin Mata - (boleh simpan wayar / cable barang elektronik anda ke dalam bekas ini)

  • Powerbank - (Sila bawa powerbank secukupnya untuk elakkan barang elektronik anda kehabisan bateri sewaktu anda travel)
  • Info Kecemasan / Emergency Contact - (Sila pastikan anda menyimpan maklumat tentang siapa patut dihubungi sekiranya berlaku kecemasan ke atas anda, ini akan memudahkan bantuan diberikan sekiranya apa-apa perkara tidak dingini berlaku semasa anda bercuti / Travel)

Jangan lupa! 

Sebelum anda memulakan perjalanan percutian anda, sila pastikan :
  1. Cabut semua plug peralatan elektrik anda (untuk elakkan sebarang litar pintas berlaku)
  2. Bayar semua bil-bil berkaitan (Pinjaman, bil elektrik, air, internet dan sebagainya)
  3. Kosongkan peti ais anda (Buang atau habiskan semua makanan / minuman yang mudah rosak dan sebagainya)
  4. Matikan penghawa dingin dan pemanas air
  5. Tutup semua Tab air (Untuk mengelak dari sebarang binatang atau kejadian tidak diingini berlaku)
  6. Simpan semua barang berharga di tempat selamat (Kalau ada peti besi lagi bagus, dapat kurangkan risiko yang tidak diingini)
  7. Kunci semua pintu dan tingkap (Pasang CCTV sekiranya boleh)
  8. Semak semula semua tiket-tiket berkaitan (Jangan tersalah tarikh dan masa)
  9. Tinggalkan kunci dan maklumat percutian anda dengan orang yang anda percayai  

SELAMAT BERCUTI!
=)

Mahu lebih banyak cerita lain?
Jom Ikuti Saya!

FB / Pages : elqiranibizz
email : elqiranibizz@gmail.com

*****************************************************


::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::

(Jom CLICK iklan di bawah)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddToAny