Cik Fairy paling suka bulan Oktober, kenapa?
Sebab bila tiba bulan Oktober, Cik Fairy akan terima pelbagai hadiah and tiket percuma.
Ehem jangan salah sangka, hadiah-hadiah dan tiket percuma tu diberi oleh syarikat2 tertentu seperti TGV Cinema, MBO Cinema dan juga syarikat-syarikat terkemuka yang lain.
Untuk post kali ini, Cik Fairy nak cerita yang Cik Fairy dapat 2 tiket PERCUMA dari TGV Cinema sempena Bulan Kelahiran Cik Fairy !
P/s : Tips nak dapat Tiket PERCUMA dari TGV Cinema
- Daftar Kad Keahlian TGV Cinema yang berharga RM30
- Anda akan dapat 2 Tiket PERCUMA dari TGV Cinema dan 2 Tiket PERCUMA setiap tahun untuk Birthday anda
- Anda akan dapat 1 MovieMoney untuk setiap RM10 yang anda belanjakan di TGV Cinema
Serius tak rugi tau kalau ada Kad Keahlian TGV Cinema.
Kadang-kadang TGV Cinema akan jemput ahli untuk hadir ke Tayangan Perdana untuk cerita-cerita tertentu. So apa lagi? Jom la!
Ok berbalik pada cerita tebus Tiket Free ini...
Alkisah nya..
Cik Fairy tebus cerita Deepwater Horizon.
Cik Fairy tebus cerita Deepwater Horizon.
Cerita ni berdasarkan kisah benar, kiter boleh tengok macam mana suasana kerja di pelantar minyak.
Berikut antara sejarah tentang Deepwater Horizon :
Pada September 2009, rig / pelantar minyak tersebut mencatat sejarah di mana ia menggerudi pada kedalaman paling dalam iaitu pada kedalaman menegak 35.050 kaki (10,683 meter) dan diukur kedalaman 35.055 kaki (10,685 meter) di Tiber Oil Field di Keathley Canyon blok 102, kira-kira 250 batu (400 km) tenggara Houston, dalam 4,132 kaki (1,259 m) air.
Pada 20 April 2010, semasa penggerudian di Macondo Prospect, satu semburan yang tidak terkawal telah berlaku menyebabkan letupan pada pelantar yang telah membunuh 11 anak kapal dan bola api kebakaran tersebut boleh dilihat dari 40 batu (64 km).
Pada 20 April 2010, semasa penggerudian di Macondo Prospect, satu semburan yang tidak terkawal telah berlaku menyebabkan letupan pada pelantar yang telah membunuh 11 anak kapal dan bola api kebakaran tersebut boleh dilihat dari 40 batu (64 km).
Dua hari kemudian, pada 22 April 2010, api yang marak itu padam dan meninggalkan minyak yang sentiasa mengalir di dasar laut dan menyebabkan tumpahan minyak yang terbesar di perairan AS.
Tak nak cerita banyak,
Jom tengok Trailer Deepwater Horizon!
Fuh dia punya debar.. Cik Fairy terjerit-jerit la jugak masa tengok cerita ni. Mana tak nya, banyak rakan-rakan Cik Fairy kerja di bidang pelantar minyak, bila tengok sendiri kejadian macam ni..
Alahai, rakan-rakan.. tolong la berhati2 ya..
Apa pun Cik Fairy bagi 9/10 untuk cerita ini!
Jarang Cik Fairy suka cerita true story~
Tahniah pada pelakon dan pengarah filem cerita ini!
P/s :
Pada 6 July 2011 yang lalu, pernah ada pelantar minyak berlabuh di kawasan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Alhamdullillah, disebabkan tugasan Cik Fairy di Pelabuhan, Cik Fairy berpeluang cuci mata melihat gergasi ini di baik pulih di pelabuhan.
Cik Fairy sangat teruja tengok 'jentera' yang begitu besar dari jarak dekat. Macam mana la rakan-rakan bekerja di sini di tengah laut yang dalam..
Mahu lebih banyak cerita lain?
Jom Ikuti Saya!
Jom Ikuti Saya!
FB / Pages : elqiranibizz
email : elqiranibizz@gmail.com
1 ulasan:
Ada cadangan lain untuk dapat free ticket?
Catat Ulasan