Perut "tayar spare" (kiri), dan perut stres.
Risau kerana segala usaha yang Anda lakukan untuk merampingkan perut tak jugak menunjukkan hasil? senang saja, tidak semua latihan atau pola makan yang disarankan boleh berhasil untuk semua orang.
Menurut James Duigan, jurulatih peribadi selebriti seperti Elle Macpherson dan Rosie Huntingdon-Whiteley, asalnya ada lima jenis perut buncit. Masing-masing memerlukan pendekatan berbeza untuk mendapatkan bentuk yang ramping dan cantik. Kalau Anda sudah mengetahui yang mana jenis perut Anda, Anda boleh mengikuti program yang dibuat oleh James. Contoh dibawah, seperti ditulis dalam bukunya, Clean & Lean Flat Tummy Fast!.
Perut "tayar spare"
Pemilik perut seperti ini cenderung hidup santai, menggemari makanan manis, atau bekerja di tempat yang perlu untuk duduk sepanjang hari. Walaupun begitu, jenis perut ini paling mudah diatasi. Sebab, menurut James, Masalahnya adalah pola makan yang salah (terlalu banyak karbohidrat dan gula) dan kurang bersukan.
James menyarankan untuk mengelakkan dari mengambil alkohol dan mengambil makanan yang rendah lemak (kerana umumnya makanan mengandungi banyak bahan kimia, gula halus, garam, dan bahan pengawet yang bertujuan untuk menambah rasa). Sebagai ganti, amalkan makanan segar seperti ikan, telur, daging organik, dan sayuran.
"Jangan takut mengambil lemak baik, seperti yang terdapat pada avocado, kacang-kacangan, dan ikan yang berminyak. Makanan ini mendorong tubuh untuk membakar lemak di bahagian depan, sehingga perut pun jadi rata," ujar James.
Olahraga juga merupakan kunci untuk mengatasi jenis perut seperti ini. Olahraga seperti jalan kaki, lunge, squat, chair dip, atau yoga akan bermanfaat.
Perut yang stres
Anda seorang berperibadi yang sempurna? Jangan terkejut jika Anda memiliki perut seperti ini. Orang yang dianggap sempurna cenderung mengalami masalah pencernaan seperti irritable bowel syndrome (IBS, atau sindrom usus yang sensitif), yang menyebabkan perut kembung dan buncit.
"Perut yang stress mudah dilihat, kerana beratnya terfokus di bahagian depan dan kawasan pusat. Ketika stress, kita menghasilkan kortisol, hormon yang mendorong tubuh berpegang pada lemak di sekitar perut," seru James.
Anda boleh membuat perut Anda menjadi berbentuk seperti ini jika Anda sering melewatkan waktu makan, terlalu banyak minum kopi, dan mengambil junk food untuk membuat diri merasa selesa.
Untuk mengatasinya, Anda perlu mengatur gaya hidup Anda. Tidurlah lebih awal. Jika tidur tidak teratur tubuh akan menghasilkan lebih leptin, hormon yang membantu mengatur nafsu makan dan metabolisme. Itu sebabnya kita sering merasa harus makan lebih banyak ketika kepenatan, dan memilih snacks manis yang boleh memperbanyakkan lemak.
Kemudian, atasi kepenatan dengan kaedah rileks seperti meditasi, latihan pernafasan, dan mandi dengan santai sebelum tidur (supaya tidurnya lebih nyenyak). Kurangkan juga minum kopi maksima dua cawan sehari. Lebih baik, pilih teh chamomile yang membantu mengatasi masuk angin atau kembung. Ambil juga makanan yang mengandung magnesium, seperti sayuran berwarna hijau, kacang Brazil, dan biji-bijian.
Anda juga tidak disarankan melakukan latihan kardio yang membakar kalori. Sebab kardio yang berlebihan akan meningkatkan kadar kortisol (hormon stres) tadi. Yoga dan jalan kaki lebih baik untuk membentuk dan membangun kekuatan, sekaligus menenangkan sistem tubuh Anda.
Si "little pooch"
Pemilik perut ini umumnya ibu rumah tangga atau ibu bekerja yang sibuk. Tetapi, perut seperti ini juga boleh dimiliki oleh seorang gym junkie. iaitu mereka yang bersukan dan mengatur pola makan, tetapi kemungkinan selalu mengambil makanan yang sama dan melakukan jenis latihan yang sama di gym. Cara ini memang membuat Anda langsing, tetapi membuat perut bahagian bawah membuncit.
Menurut James, latihan crunch yang berlebihan atau menggunakan alat fitnes seperti ab-roller boleh menyebabkan ketegangan pada paha dalam dan punggung bahagian bawah. Akibatnya, otot-otot perut menonjol sehingga perut Anda menbuncit ke depan.
Sit-up yang dilakukan dengan cara yang salah juga menambah lengkungan pada punggung bawah. Lebih baik Anda mengganti sit-up dengan latihan plank (baca: Latihan Plank Lebih Efektif Bikin Perut Rata). Latihan beban juga akan membakar lemak dalam jumlah banyak, namun dalam waktu yang relatif singkat. Cuba lakukan latihan squat atau lunge.
Untuk memperbaiki keadaan pencernaan seperti peradangan, kembung, dan sembelit, Anda perlu amalkan mengambil serat yang banyak. Contohnya sayuran berwarna hijau, dedak gandum, dan sajian gandum. Jangan lupa banyak minum air dan mengambil makanan yang mengandung protein ringan seperti ikan dan ayam.
Perut ibu-ibu
Sesuai namanya, yang memiliki perut seperti ini biasanya ibu yang sudah pernah melahirkan anak. Setelah melahirkan, biasanya rahim akan menurun dan menjadi lebih berat daripada sebelumnya. Paling tidak, Anda perlu enam minggu untuk mengembalikan rahim ke ukuran normalnya.
"Anda perlu melatih kembali dasar pinggul dan perut bagian bawah untuk meningkatkan aliran darah dan menguatkan otot-otot yang kendur," ujar James.
Latihan untuk otot dasar pinggul seperti Kegel akan menjadi seperti "korset semulajadi " bagi tubuh untuk meratakan perut. Kencangkan dan kendurkan otot-otot ini 15-20 kali, dalam lima sesi per hari. Namun ia menyarankan untuk menunggu hingga dua atau tiga bulan untuk kembali berlatih. Stress kerana fikirkan lemak hanya akan membuat Anda menyimpan lemak lebih banyak.
Latihan yang perlu dihindari adalah sit-up, kerana setelah melahirkan, otot linea alba (otot yang menyusuri garis tengah perut) terpisah, dan Anda harus membiarkan otot-otot ini pulih dahulu. Latihan crunch juga tak membantu, kerana akan memaksa otot-otot ini lebih terpisah.Buat sahaja latihan pernafasan dalam-dalam, kemudian hembuskan perlahan sambil melakukan Kegel. Tidur siang dan lakukan peregangan sebelum tidur juga membantu mengembalikan hormon tidur dan meningkatkan pembakaran lemak.
Untuk pemulihan dari dalam badan, suplemen minyak ikan boleh dicuba. Menurut James, akan mengaktifkan hormon pembakar lemak, dan mengurangkan kadar aktif hormon penyimpan lemak. Amal tiga kapsul 1.000 mg sehari dengan makanan, lalu tingkatkan hingga lima kapsul. Cara ini juga dilakukan oleh Elle Macpherson, salah satu yang menggunakan khidmat James, setelah melahirkan dua anaknya.
Lemak baik yang ada pada kacang-kacangan dan minyak zaitun juga boleh diambil setiap hari. Lemak pada bahan makanan ini tidak hanya membakar lemak dan menyerap vitamin dari makanan secara efektif, tetapi juga membantu melawan rasa lemah.
Perut kembung
Pada pagi hari, perut Anda normal-normal saja. Tetapi semakin menuju ke waktu petang semakin membengkak akibat gas atau gangguan pencernaan. Penyebab utamanya adalah kerana ketidak toleransi terhadap makanan dan alergi, dan akan menjadi semakin teruk kerana Anda tidak menyadari bahawa Anda mengalami ketidak toleransi. Mungkin juga kerana usus yang lambat mencerna akibat pemilihan makanan yang kurang baik.
Umumnya, orang mengalami ketidak-toleransi terhadap gandum dan tepung (roti, pasta, pastry, pizza, cake, dan sereal), alkohol, ragi (muffin, bir, atau pastry), dan produk olahan susu (keju, susu, mentega). Tepung, khususnya, boleh membuat usus meradang dan membuat perut kelihatan lebih besar. Sebagai pengganti, pilih sayuran segar, daging, ayam, dan ikan. Suplemen prebiotik dan probiotik juga akan membantu, begitu pula sumber yang alami seperti sup miso, sour cream, serta buah dan sayuran seperti kale, bawang putih, dan bawang merah.
Jika masalahnya adalah usus yang bekerja dengan lambat, jadikan sarapan sebagai makan besar Anda. Sebab pada pagi hari, pencernaan Anda sedang berada dalam keadaan yang paling aktif. Dengan sendirinya, Anda juga perlu menghindari makan terlalu larut. Kunyah makanan dengan perlahan, dan minum banyak air putih untuk menjaga sistem pencernaan tetap bergerak.
Kaedah lain, cuba berbaring telentang dalam keadaan rileks setiap pagi. Bernafaslah dalam-dalam ke arah perut sebanyak 10 kali. Setelah makan, jalan-jalan dulu supaya proses pencernaan bekerja dengan lebih baik.
Sumber: Forwarded Email
2 ulasan:
Ini sangat best! Terima kasiiihhhh! :D
yeke? bgos laa~
sharing2 la ye =)
dlm blog ni ada mcm2 lg bout personaliti =P
njoys!
Catat Ulasan