*~..:: IkLan BerBayaR Beb - Maksudnya ini bisnes bukan main2 ::..~*








|

Ahad, 19 September 2010

Bagaimana stetoskop pertama dicipta

Bagaimana stetoskop pertama dicipta


Jika anda meletakkan telinga anda pada dada seseorang, anda mungkin boleh mendengar degupan jantung yang kurang jelas. Sehingga tahun 1816, begitulah cara doktor memeriksa jantung pesakit. Tetapi RenĂ© Laennec, seorang doktor di Paris, menjumpai satu cara yang lebih baik. 


Satu hari, Dr. Laennec dalam perjalanan untuk melawat pesakitnya. Sambil berjalan dia mengelamun, tenggelam dalam fikirannya sendiri. Pesakitnya, seorang perempuan muda yang menghidapi penyakit jantung, ialah seorang yang sangat gemuk. Dr.Laennec memikirkan sama ada dia boleh mendengar degupan jantung pesakitnya itu. 


Bunyi gelak tawa membuatkan doktor itu berhenti seketika. Beberapa orang kanak—kanak sedang bermain di atas longgokan kayu gergaji. Sambil seorang kanak-kanak menekan telinganya pada satu hujung kayu yang panjang, dan seorang lagi kanak-kanak mengetuk pada hujung yang lain. Kanak-kanak itu tertawa riang apabila bunyi itu bergerak sepanjang kayu itu. Kemudiannya, semasa dia hendak memeriksa pesakitnya di rumah itu, Dr. Laennec teringatkan permainan kanak-kanak itu. 


Tentu sekali! Dia mengambil sehelai kertas dan menggulungnya menjadi tiub. Bila dia menekan satu hujung tiub itu pada dada pesakitnya dan mendengar pada hujung yang lagi satu, dia boleh mendengar degupan jantung dengan begitu jelas sekali.


René Laennec

Dr. Laennec menjalankan eksperimen dengan pelbagai bahan untuk alat mendengarnya ini. Sebagai seorang pakar pelarik kayu, dia akhirnya menghasilkan satu kayu berbentuk silinder lebih kurang tiga puluh sentimeter panjangnya. Ia berlubang di tengah-tengahnya dan mempunyai cawan yang dapat dilaraskan pada setiap hujung.

Hari ini, doktor-doktor menggunakan satu variasi instrumen ini yang diilhamkan daripada permainan kanak-kanak. Ia mungkin kelihatan berlainan daripada ciptaan Dr. Laennec, tetapi stetoskop ialah alat yang paling mudah untuk doktor mendengar degupan jantung.

Sumber: Forwarded Email

*****************************************************


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddToAny