10 jenis pekerja yang
menjengkelkan ...urghhh!!
1. Taichi
Asyik
passing kerja kepada orang lain. Konsepnya
menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur
sales,
terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal
pekerja
je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.
2. Boxing
Single
tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah
peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti
genggam
tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi
kucing
hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong
print
document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.
3. Silat Pulut
Before
start any works, dia punya bunga-bunga
punyalah lama. Macam-macam gaya ,
macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.
4. Samurai dan Cowboy
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually
both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah
yang akan
mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu
mengharapkan machine to do their works.
5. Kungfu Bruce Lee
Hampir
sama seperti silat pulut, cuma kalau kita
familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang
lawan
mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam
bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu
projek
dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody
knows dia punya contribution.
6. Ninja
Betul-betul
berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee,
pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu
low
profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast,
datang
kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula
office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat
luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.
7. Rambo
Berlagak
hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya
dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga,
kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut
minta
pertolongan kawan-kawan.
8. Kungfu Jackie Chan
Setiap
filem Jackie Chan akan ada satu persamaan.
Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya…
scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang
diselitkan.
Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so
semua
pekerjaan tak ambil serious.
9. Street Fighter
Ini
pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe
kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document
contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar
progress
report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka
buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.
10. WWE Wrestling
Bukan
wrestling yang dipertandingkan di Sukan
Olimpik. Aku referring to wrestling yang diletakkan di bawah
Entertaiment TV
Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni
kita
tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja
bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know,
semuanya lakonan semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan