*~..:: IkLan BerBayaR Beb - Maksudnya ini bisnes bukan main2 ::..~*








|

Rabu, 10 Februari 2010

Mak Apan sudah hilang


Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.

Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.


"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.


Gua punyala terperanjat

"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa"

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit
sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. ali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur:<

"Alhamdulillah...Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu

"Dalam sinki penteri."

Mata gua terus terbeliak, mulut terlopong, hati membara

MUG la Apan...!!, pronunciation macam hape!

Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara

Sumber: Forwarded Email

ada orang panas xtentu hala ngutuk nak marah konon saya copycat citer diatas,
TOLONG LIHAT LABEL & TAG YANG SAYA LETAK!!
xbelajar ke?


11 ulasan:

joegrimjow berkata...

hahahaha
hampagas
mug dengan mak bleh salah sebut
ish ish

xjoin contest?
menang 50 pound!!

*~ eLiEnZ 87 ~* berkata...

hehe, tau xpe,
buat saspen je..

contest pe? mane2?
leh gak try2
heehhe

Luca De Ketiak berkata...

peniru..

penciplak..

busuk punye pompuan!!

*~ eLiEnZ 87 ~* berkata...

ko kenape Luca?

nak marah2 ni?

bukan da tag kat post ni letakknya bahagian 'funny' and 'email'?

bermaksud saya amek dari email, bukan cipta sendiri, xngaku pun saya cipta sendiri.
bukak mata skek

Khairi berkata...

Ler, dari email ni. Ada orang email kat awak blog post 'sembang kencang' la ni.

post original kat sini:

http://fdausamad.blogspot.com/2010/01/mak-apan-hilang.html

Mungkin boleh bagi kredit kat tuan punya post. Sebab kat kaki post awak ditulis 'posted by Eleinz'. Tu yg Luca mengamuk tu. Peminat SK no satu tu haha.

Nk bgtahu je. :)

*~ eLiEnZ 87 ~* berkata...

ek ele luca,
beradab sikit kalo nak tegur orang,
men sembur macam tu,
xde blaja adap ke sebelum ni?
ko tu laki tengik!!
peminat konon.

cuba tegur leklok macam en khairi.

thank khairi tegur ngan baik.
really appreciate that.
selalunya saya memang akan tulis
"sumber: forwarded email"

xtertulis lak kat dalam beberapa post yang dipublish..
kan da ada orang panas ati yang bebel xtentu hala

atreyu strange berkata...

Aku tak rase Luca marah pun.. Maybe sbb korg tak biasa dgn daya penulisan dia, so korg ingat dia mrh kot.. Stail dia mmg ckp direct jek. Ilek2 suda. Just terangkan and move on! Dia nk paham atau x, tu lantak dia. Yg kemaluan, eh silap, yg malu, Luca! Miaahhahaha... *sorry bro, wa takleh tlg sini*

*~ eLiEnZ 87 ~* berkata...

hahaha,
ada baca post2 dia pas dia sembur,
mmg mcm tu org nye, tp berpada2 la, bkn sumer boleh trima.
kalo da penah kenal sblm ni, xkesah pown, sy pown leh ja ikut rentak kasar mcm tu,
ni x,xkenal xhape, men sembur mcm tu. sape pown akan kte dia xde adab.

p/s: kalo org tu sembur, xkn org disembur nk kene paham :
"ooo.. dia mmg mcm tu.. layan ja."
-XLOGIK-

thanks atreyu clearkan lagi keadaan :t:

atreyu strange berkata...

Hmm.. Btol jgk. Mgkn Luca masuk umah org, dia wat cam umah sendiri kot? HAHAHAHA... *gelakkan ko lg la bro, sori!*

LARIIIIKKKKKK!!!!!!!

*~ eLiEnZ 87 ~* berkata...

hahaha,
tu la pasal, dia ingat ni umah dia gak kut~
ahakssss

otai la konon nye kutttt

hahaahaha

(alamak! terikut atreyu merapu!!)

LARIKKKKKKKK!!!

jinbei berkata...

kene bg kredit utk sembang kencang ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddToAny