*~..:: IkLan BerBayaR Beb - Maksudnya ini bisnes bukan main2 ::..~*








|

Rabu, 6 Januari 2010

Lawak Lagi~



Untuk apa kamu datang kesini?
=============================

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah
"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian
Badang!"

"Maaf, saya tidak tahu.. encik"

"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja
tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"

"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."

"tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya
berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu
datang ke sini kalau tidak tahu?"

"Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas
TNB"



____________________________________________________________


Kemalangan jalanraya
====================

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu
terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik..
Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki
tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil..
luka parah tak berdaya.
Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan
keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu
dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk
memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan
terbalik beberapa kali.

Polis : "Oh...kereta terbalik beberapa kali... jadi
apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan
minum arak..

Polis : "Oh...lelaki itu sedang mabuk masa memandu....
dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga
buat apa?"

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian
bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

"Oh...okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan
anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri
pula buat apa monyet?"

Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu
____________________________________________________

Cerita Dahulu Kala
==================

Dahulu kala.. dalam kerajaan Phuket.. ada seorang
raja yang mempunyai anak puteri..
Kedua anak ini mempunyai permintaan yang perlu
dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan kuda yang
mampu berlari kencang dan patuh kepada majikannya
serta cantik penampilannya.

Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar..
Dia hanya minta suatu cerita. Dan ceritanya berbunyi
begini...
Dahulu kala.. dalam kerajaan Phuket.. ada seorang
raja yang mempunyai anak puteri..
Kedua anak ini mempunyai permintaan yang perlu
dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan kuda yang
mampu berlari kencang dan patuh kepada serta cantik penampilannya.

Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar..
Dia hanya minta suatu cerita. Dan ceritanya berbunyi
begini...
Dahulu kala.. dalam kerajaan Phuket.. ada seorang
raja yang mempunyai anak puteri..
Kedua anak ini mempunyai permintaan yang perlu
dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan kuda yang
mampu berlari kencang dan patuh kepada majikannya
serta cantik penampilannya.

Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar..
Dia hanya minta suatu cerita. Dan ceritanya berbunyi
begini...
Dahulu kala...
................................bla..bla...blaaaa

________________________________________________________________


Buah Durian
===========

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah
durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah
durian yang merupakan orang asli tempatan...

Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa
orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa
nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba
menawarinya..

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?

Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya
pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"

Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"
_______________________________________________________

Ujian akhir CIA
===============

Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir
untuk menjadi agen CIA. Pegawai bertugas menyatakan
yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka
dikehendaki membunuh isteri masing2. Pegawai itu
memberi senapang pada Abdul dan kemudian masuk ke
bilik sebelah dimana isterinya berada.
Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan
mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak
kuasa ia membunuhnya.

Amin memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk
membunuh isterinya. Sepuluh minit kemudian dia keluar
dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi agen CIA,
dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri.

Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Akbar
dan kemudian masuk bilik yang mempunyai isterinya...
Setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga
kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit..
lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan
berpeluh... Pegawai itu bertanya apa yang terjadi..
dan Akbar menjawab
"Tuan bagi senapang yang ada peluru kapur.. jadi aku
terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya.."


__________________________________________________________________

Pemilik pisau lipat
===================

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar
sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan
terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang
juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa
dengan sebuah pisau lipat di atas tanah.
Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat
penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan
barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat
dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum
mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau
lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah
perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian
pelajar senior itu menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya
sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana
namanya terukir di sini.. Tapi saya
inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui
kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu
tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau
lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama
pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"


_____________________________________________________________


Gigi Sakit
==========

Pada suatu hari ada seorang wanita pergi ke klinik
gigi untuk mencabut giginya.. lalu doktor gigi
bertanya..
"Puan.. gigi mana yang hendak dicabut?"

Lalu wanita itu menjawab..
"gigi bahagian atas paling belakang"

Tak lama kemudian doktor dengan alat mencabut gigi
mula mencabut gigi wanita itu.. tetapi yang dicabut
adalah gigi dibahagian depan.. lalu wanita itu
bertanya..

"Doktor.. kenapa gigi depan saya yang dicabut? kan
yang sakit yang bahagian belakang?

doktor gigi itu menjawab...

"sabar la.. kejap lagi sampai la ke belakang"





Sumber: Forwarded Email

LAalallala

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddToAny