*~..:: IkLan BerBayaR Beb - Maksudnya ini bisnes bukan main2 ::..~*








|

Isnin, 28 Disember 2009

::Penama Takaful/Insurans : Jangan Letak Nama Anak!::


FORWARDED EMAIL
Saya  menerima  satu  maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri satu kursuslatihan baru-baru ini. 

”Kira-kira 80% suami  akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama”, kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta. 

Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, 
terutama  wanita.  Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka. 

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut. Apabila diimbas sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka. 


Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), 
selalunya wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka. 

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah






Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima. Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut. Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam 
mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi. 

Rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=103 

Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja. Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. 

Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraidApabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun. 


Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung bale berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka. Maka,  wang  pampasan  tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. 

Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendahMaka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati. Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan  dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun. 

Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada. Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu.



Sumber: Forwarded Email


Tertanya, nape wanita cenderung xletak nama suami?
:)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddToAny