*~..:: IkLan BerBayaR Beb - Maksudnya ini bisnes bukan main2 ::..~*








|

Jumaat, 1 Januari 2010

Kisah si Udin


TERLUPA MAKAN 

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur. 
Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat 
Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie... 
Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun.. kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur. 
Udin: Ubat apa ? 
Isteri: Ubat tidur. 
Udin: @#%^#^???? 

NENEK UDIN

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor. 
Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh! 
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie... 
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan) 
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat. 
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek. 
Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!! 
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya. 
Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye? 
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!! 
Udin: Nenek pegang kat mana? 
Nenek: pagar rumah. 
Udin: "$%^&(#....." 

MASALAH PENDENGARAN 

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran. 
"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor. 
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya.
"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya.
Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, 
"Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan.. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter. 
Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya. 
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit. 
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit: 
"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!
Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!


Sumber: Forwarded Email

Udin.. udin.. mcm2 hal kamu ni yaaaa

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddToAny