*~..:: IkLan BerBayaR Beb - Maksudnya ini bisnes bukan main2 ::..~*








|

Rabu, 5 Jun 2013

Spesis Drebar Di Malaysia



1. Spesis Ghaib.
Dia suka tampal sticker kat cermin tingkap dia. Kita pun tak tahu siapa yang bawa kereta sebab tak nampak muka dia. Kita pun bimbang juga, manalah tahu kereta jalan sendiri tanpa pemandu.

2. Spesis Perasan.
Dia suka ikut lorong tengah yang dikhaskan untuk kereta yang dipandu laju. Dia pakai kereta VW antik. Tapi dia perasan dia pakai Ferari.

3. Spesis Sadis.
Dia bagi signal kanan kat sebatu. Tapi bila sampai kat simpang, dia belok kiri. Sabar jer lah.

4. Spesis Tegas.
Dia bagi signal kanan dan serentak dengan itu dia pun belok kanan. Kita kat belakang ni terpaksalah brek pakai dua belah kaki ! Menyampah betul !

5. Spesis Dermawan.
Dia suka suruh semua orang kiri kanan jalan dulu. Kadang2 kereta kat belakang dia dah berderet dekat sebatu. Rasa nak angkat kereta dia letak kat tepi !

6. Spesis Malang.
Dia tunggu nak ambil parking kereta orang yang baru masuk keretanya dengan membawa barang2. Dia ingat orang tu nak keluar. Rupanya orang itu nak tidur, sementara menanti isteri dia gunting rambut.

7. Spesis Khayal.
Dia dari KL nak balik Senawang. Dia lupa nak keluar tol Senawang. Sedar2 dah sampai Tambak Johor. (Bukan saya lah!)

8. Spesis Keliru.
Dia selalu termasuk jalan yang ada tulis "no entry". Kemudian dia buat-buat heran, lepas tu cakap "ehh bukan ke semalam jalan ni boleh masuk" kepada orang yang tengok dia.

9. Spesis Zalim.
Dia terus je masuk tempat parking yang kosong, walupun dia tahu ada orang lain yang dah sekerat hari tunggu nak masuk tempat tu.

10. Spesis Wara'.
Dia baca doa masa nak ambil kunci, baca doa lagi masa nak buka pintu, baca doa lagi masa nak start enjin, baca doa lagi masa nak undur, baca doa lagi masa nak bergerak. (Saya tak komplen, cuma nak cerita jer. Kan baca doa tu baik. Jangan silap faham). Kalau dia nak kongsi kereta dengan saya, kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

11. Spesis Selamba. 
Semua spesis pemandu di atas saya boleh tahan lagi, tapi spesis pemandu selamba ini saya betul2 tak boleh tahan. Bila kita sampai kat simpang empat, kita pun berhenti sebab nak belok kanan. Tapi spesis pemandu ini elok jer melintas depan kita dan jalan terus ... langsung tak bagi signal. Lain kali kalau nak jalan terus, bagilah signal !

12. Spesis Penakut .
Dia suka ikut dekat2 dari belakang. Kita laju dia pun laju, kita perlahan dia pun ikut perlahan. Ntah apa yang dia takutkan !

13. Spesis Riak.
Dia ni hantar anak sekolah, kalau boleh nak kereta sampai masuk dalam kelas. Kalau makan kat restoran, kalau dapat kereta nak duk sebelah meja. Mentang2lah kereta dia Sang Kancil Super Turbo Hard Top Special Edition 660 cc.

14. Spesis Tamak.
Dia ni suka ikut tengah2 jalan. Kita nak potong kanan pun tak dapat, kiri pun tak boleh. Kalau parking pun gitu juga ... Kita nak parking kiri, tak muat ... kanan pun tak celus. Ikutkan hati mahu rasanya nak parking atas kereta dia !

15. Spesis "Herman".
Dia pakai kereta jenis BMW 740 bdsup - Model tahun 2010. Tapi bila kena hon sikit dek Kancil, dia punyalah terperanjat terus masuk dalam rumput. 

16. Spesis Mamai Angau
Dia bawa kereta melelong-lelong. Kita pun tak tahu dia nak ke mana. Semua jalan macam dia yang punya. Asyik bercakap telefon dengan makwe dia. Kalau dia hantar SMS lagi haru kita. Kita bagi lampu atau hon, bukan dia dengar. 

17. Spesis Ulu.
Dia ni agaknya tak pernah masuk pekan. Dia selamba je buang plastik bekas teh tarik dari tingkap kereta dia. Nasib baik dia tak buang buah kelapa. Kita bagi hon, dia tunjuk penumbuk. Dia langgar belakang kereta orang kat lampu merah, dia boleh marah "siapa suruh awak berhenti?". 

18. Spesis Penyayang.
Dia ni kereta ada tapi jarang guna.. Kalau hari hujan ... dia naik motor pergi kerja. Takut kereta basah. Kalau balik kampung, lebih rela naik bas. Takut tayar keretanya dahaga haus. Malam hari pasang ubat nyamuk kat kereta. Tak apalah ... kereta dia. dia punya sukalah.

19. Spesis YB.
Dia ni suka angkat tangan dengan semua orang. Kalau berhenti kat lampu merah, orang kiri kanan semua dia angkat tangan. Kalau boleh dia nak keluar dari kereta dan salam sekali dengan dia orang.

20.. Spesis Cemas . 
dia ni suka sangat ikut lorong kecemasan.

Sumber:: Forwarded Email


*****************************************************

::: Jangan lupa Lihat Promosi dan iklan menarik dari NUFFNANG :::
(Jom CLICK iklan di bawah)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddToAny